Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.
Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.

Pernyataan Privasi

Data Peribadi anda Dilindungi

Dasar Penggunaan Maklumat

Sekatan yang berikut perlu dipertimbangkan dengan teliti apabila menggunakan maklumat atau sumber daripada laman web ALPARI INTERNATIONAL:

Dasar Privasi

  1. Laman web ini dan kandungannya adalah tertakluk pada undang-undang hak cipta dan harta intelektual yang berkaitan.
  2. Anda tidak boleh menggunakan bahan daripada laman web ini atau mengubah teks asal tanpa kebenaran daripada Exinity Limited (selepas ini “ALPARI INTERNATIONAL”). Jika anda ingin mendapatkan kebenaran, sila hubungi kami.
  3. Menyalin maklumat daripada laman web ALPARI INTERNATIONAL dan menerbitkannya di tempat lain di Internet hanya dibenarkan jika anda menyatakan sumber maklumat tersebut pada tajuk dan memberikan pautan yang ditujukan ke lokasi maklumat ini ditemui.
    1. Komitmen
    2. Pengumpulan Data
    3. Penggunaan Data Peribadi
    4. Kuki
    5. Keselamatan & Perlindungan
    6. Persetujuan Anda
    7. Hak Anda
    8. Pertanyaan

      1. Komitmen

      Privasi pelawat dan pelanggan laman web kami, pada masa ini dan pada masa lalu, sangat penting bagi kami. ALPARI INTERNATIONAL komited untuk melindungi maklumat yang kami kumpulkan, gunakan dan simpan berkenaan anda.

      2. Pengumpulan Data

      Apabila anda mendaftar untuk akaun demo atau langsung dengan ALPARI INTERNATIONAL, kami perlu mengumpulkan beberapa data peribadi daripada anda bagi tujuan perniagaan. Apabila kami memahami keperluan kewangan anda, kami dapat melayani anda dengan adil sebagai pelanggan; kami boleh menyediakan produk dan perkhidmatan yang paling sesuai untuk anda, memberi anda maklumat yang sewajarnya tentang strategi pelaburan, memproses permintaan dan transaksi anda, serta menawarkan perkhidmatan jualan dan pasca jualan.

      • Maklumat peribadi dan kewangan diperlukan semasa permohonan/borang pendaftaran dalam talian;
      • Dokumen yang diperlukan sebagai bukti identiti dan kediaman anda seperti Pasport Antarabangsa, Kad Pengenalan Negara, bil utiliti atau penyata bank.

      Harap maklum bahawa jika dan apabila anda memilih untuk menamatkan hubungan kerja dengan ALPARI INTERNATIONAL, kami perlu menyimpan Data Peribadi anda pada rekod selama tujuh tahun seterusnya.

      3. Penggunaan Data Peribadi

      Senarai yang berikut menggambarkan sebabnya ALPARI INTERNATIONAL mungkin perlu menggunakan Data Peribadi anda:

      • Untuk mengesahkan identiti anda;
      • Untuk memastikan anda memenuhi keperluan kesesuaian yang diperlukan untuk menggunakan produk dan perkhidmatan kami;
      • Untuk mengurus akaun anda dengan kami;
      • Untuk memproses transaksi anda;
      • Untuk menghantar maklumat kepada anda tentang perkhidmatan transaksi/pasca transaksi;
      • Untuk memastikan anda dimaklumkan tentang berita berkenaan produk, perkhidmatan dan sebarang maklumat lain yang berkaitan dengan hubungan kerja anda dengan ALPARI INTERNATIONAL;
      • Untuk tujuan peningkatan laman web;
      • Untuk analisis data statistik yang akan membantu kami memberikan produk dan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda pada masa depan.

      4. Kuki

      Kuki ialah sebahagian kecil data yang disimpan pada pelayar web apabila anda melawat laman web pada kali pertama. Jika anda melawat laman web itu sekali lagi pada masa depan, storan kuki pada pelayar anda membolehkan laman web mengingati cara anda membuat pelayaran pada kali pertama. Contohnya, kuki boleh mengingati nama pengguna dan kata laluan anda. Kuki digunakan pada laman web ini untuk memberikan pengalaman pelayaran yang lebih tersuai untuk pengguna kami.

      Jika anda tidak bersetuju dengan Dasar Kuki kami, anda boleh menyahdayakan Kuki dan masih boleh mengakses laman web kami seperti biasa.

      5. Perlindungan

      ALPARI INTERNATIONAL komited untuk melindungi Data Peribadi anda dengan mematuhi standard keselamatan yang ketat dan menggunakan teknologi keselamatan yang terkini.

      Apabila anda mengakses laman web ini, anda memberikan persetujuan kepada ALPARI INTERNATIONAL untuk menyimpan, menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi anda dengan cara yang mematuhi Pernyataan Dasar ini.

      7. Hak Anda

      Untuk mematuhi Akta Perlindungan Data, setiap pengguna diberikan beberapa hak berkaitan dengan Data Peribadi mereka. Hak ini termasuk mengakses dan/atau meminda Data Peribadi anda, menghentikan pemprosesan data ini dan menghalang pemasaran yang tidak diingini. ALPARI INTERNATIONAL akan memastikan data peribadi anda dilindungi dengan cara yang mematuhi Undang-undang dan Peraturan yang berkaitan untuk perlindungan Data Peribadi.

      8. Pertanyaan

      Jika anda mempunyai soalan yang tidak dibincangkan dalam Dasar Privasi atau kebimbangan selanjutnya berkenaan penggunaan Data Peribadi, sila hubungi kami melalui e-mel di [email protected] atau telefon di + 44-8458-690980.